Kulit Sihat dan Glowing

Kebanyakan orang Malaysia, mempunyai masalah kulit kering dan kusam. Setiap orang mendambakan kulit yang cerah, bersih, segar dan kelihatan sihat.



  1. Banyak minum air putih. Air penting untuk tubuh dan kulit, ia membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit. Sekiranya air dalam tubuh mencukupi secara tidak lansung kulit akan kelihatan sihat.
  2. Cuci wajah dengan betul. Setelah seharian bermakeup/berada di persekitaran luar yang panas dan berhabuk, Bersihkan wajah dengan betul dan bersih. Guna makeup remover dan cleanser yang sesuai dengan kulit sehingga tiada kotoran pada kulit.
  3. Exfoliate/Scrub. Exfoliator adalah proses untuk buang sel kulit mati yang boleh menyebabkan jerawat, pori tersumbat dan kulit kelihatan kusam. Scrub pula untuk membuang sel kulit mati pada kulit. Lakukan 2/3 kali seminggu. 
  4. Skincare. untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersih, penggunaan skincare yang sesuai amatlah penting. Nak cantik perlu rajin menjaga kulit wajah.
  5. Tidur yang cukup. Tidur yang cukup dan berkualiti boleh mempengaruhi kesihatan kulit. Tidur yang cukup antara 6-8 jam.
  6. Sunscreen. Sesetengah orang tidak tahu sunscreen amatlah penting. Apply sunscreen setiap kali keluar pada waktu siang. Bagi yang belum tahu fungsi dan kenapa sunscreen diperlukan, ialah.. Taknak kulit sunburn dan suntan, taknak kulit berjeragat/pigmentation, taknak kulit berkedut dan yang penting taknak skin cancer.
Nak kulit sihat cantik, fresh, dan glowing rajinkan lah diri untuk menjaga kulit.
*jangan lupa buah-buahan juga

Comments

Popular posts from this blog

SILKYGIRL MAGIC BB CUSHION | REVIEW

Apa Itu Full Glam Makeup

'Malas-Malas' Skincare Routine